KUZAN
Tuesday, 19 March 2013
HILANGKAN PAHIT PERIA
Peria sememangnya pahit untuk dimakan. untuk menghilangkan rasa pahitnya potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25minit, sejatkan dan masak peria tadi mengikut resepi anda
DAUN PISANG DAPAT MENGURANGKAN RASA MASIN DALAM MAKANAN
Kadangkala tanpa disedari, lauk yang kitamasak akan terasa agaak masin sedikit ini menyebabkan lauk tersebut kurang enak dimakan. Untuk mengatasi masalah ini , mula-mula ambil sedikit daun pisang , cuci sehingga bersih. Kemudian masukkkan ke dalam lauk tersebut. Insyaallah, rasa masin tersebut akan berkurangan.
Saturday, 16 March 2013
KRAKEN SOTONG RAKSASA
KRAKEN SOTONG RAKSASA
Oktober 1966, dua penjaga rumah api di Danger Point, Afrika Selatan menyaksikan seekor sotong gergasi menelan seekor anak ikan paus, Sebelum itu, sekitar tahun 1965, sekumpulan pemburu paus terkejut melihat seekor sotong gergasi bertarung dengan seekor paus sperm. Kedua-dua paus dalam kejadian diatas menjadi makanan sotong gergasi tersebut
Mitos Kraken bermula semenjak abad ke-12 lagi di Norway dan Iceland. Kraken dalam mitos dahulukala mungkin dinspirasikan dari haiwan sebenar dan ia benar wujud. Ia mungkin dari spesies sotong gergasi Architeuthis dux yang jarang dilihat di permukaan laut. Ia hidup di laut dalam , berukuran kira-kira 18 meter. Tumbuhbesaran sotong ini boleh mencapai sehingga 30 meter dan kerakusannya digeruni.
Pierre Denys de Monfort, ahli malacologist Perancis berjaya merungkai dua spesies sotong gergasi pada tahun 1802. Menurut beliau spesis pertama dikenali dengan nama kraken octopus,yang selalu dilaporkan menyerang para pelayar Norway dan pemburu paus. Ia juga spesis yang sama pernah dicatatkan buku oleh seorang penulis , Pliny the Elder. Spesis kedua yang lebih besar saiznya dikenali sebagai Colossal octopus. Spesis Colossal lebih agresif dan dilaporkan pernah menyerang sebuah kapal yang sedang belayar dari perairan Saint- Malo
Pada tahun 1752, seorang Biskop, Erik Ludvigsen pernah menggambarkan kraken dalam bukunya Natural History of Norway sebagai “Floating Island”. Ludvigsen juga mencatatkan bentuk fizikal makhluk itu sebagai makhluk bertangan banyak yang panjangnya hampir satu setengah batu atau 2414 meter. Setelah zaman berlalu , cerita kraken terus diperkatakan namun saiznya tidaklah sebesar cerita Ludvigsen.
11 januari 2003, kapal Trimaran Geronimo yang diketuai oleh kapten Olivier de kersauson bersama 12 anak kapal telah bertembung dengan seekor sotong gergasi. Sotong yang berukuran kira-kira 30 kaki itu dipercayai mati setelah dilanggar kapal tersebut.
Serangan kraken keatas bot dan kapal didokumenkan semenjak tahun 1930 lagi. Brunswick, kapal tangki Norway beberapa kali diserang waktu itu.sotong itu tidak berjaya mengenggam kapal tersebut berikutan badan kapal itu diperbuat dari besi. Ia kemudian hancur dilibas kipas kapal. Brunswick kerap kali diserang kerana ia mungkin kelihatan seperti paus. Bagi Pontoppidan, kaum nelayan Norway,mereka sering mengambil risiko menangkap ikan di kawasan tersebut. Ini kerana hasil tangkapan mereka akan berganda –ganda. Mereka juga mendakwa sering kali tersinggah di atas badan kraken. Saiznya yang besar membuatkan ia sering kali dianggap sebagai sebuah pulau.
September 2005, dua orang zoologist jepun telah tampil dengan beberapa gambar sotong gergasi. Gambar ini berjaya dirakamkan di perairan Ogasawara pada tahun 2004 setelah saintis ini menggunakan udang serta sotong sebagai umpan yang ditambat pada sebuah kamera dan tali kabel. Dalam usaha merakam gambar tersebut, satu daripada sesungut sotong gergasi tersebut terputus setelah terbelit dengan tali kabel.
Tabiat habitat serta bentuk fizikal yang digambarkan melalui penceritaan atau penulisan menunjukkan kraken amat menyerupai Architeuthis dux, para saintis juga bersependapat. Namun, sehingga sekarang mereka masih gagal untuk menjelaskan saiz maksimum bagi tumbuhbesaran sotong gergasi ini.
BANKSY
BANKSY
Banksy adalah seorang artis grafiti berbangsa British yang tidak diketahui namanya, juga merupakan seorang aktivis politik, pengarah filem, dan artis catan. Karyanya berbentuk sindiran pedas melalui gabungan humor gelap dan kurang sopan dengan grafiviti beliau biasanya dihasilkan mengggunakan teknik stensil. Banyak karyanya dalam format politikal dan kritikan sosial menghiasi jalan, dinding, dan jambatan hampir di setiap bandar seluruh dunia
Karya awal Banksy bermula di kancah underground di Bristol, England yang mana banyak melibatkan kaloberasi antara artis dan pemuzik. Menurut penulis dan juga pereka grafik Tristan Manco, Banksy sememangnya dilahirkan di Bristol pada tahun 1974. Banksy merupakan anak kepada seorang juruteknik mesin fotokopi, dia hanya dilatih sebagai pemotong daging sebelum melibatkan diri dalam seni graviti ketika bermulanya ledakan penggunaan aerosol di Bristol pada pertengahan 80-an. Ramai pemerhati berpendapat stail Banksy banyak dipengaruhi oleh Blek Le Rat (artis grafiviti yang mula menggunakan teknik stensil pada tahun 1981 di Paris) dan ahli kepada bank anarcho-punk, Crass ( sentiasa menggunakan kempen dalam bentuk grafiviti stensil sepanjang London Tube System pada penghujung 70-an sehingga 80-an).
Walaupun dipandang tinggi oleh kebanyakan pencinta seni, Banksy adalh ikon paling jijik bagi kerajaan England dengan melabelkan seni graviti sebagai perbuatan vandalisme. Banksy tidak memperdulikan perkara tersebut, sebaliknya terus mempamerkan karyanya di khalayak ramai seperti di dinding-dinding bangunan malah sehingga berani membina karya dalam bentuk prop fizikal. Banksy tidak pernah menjual sendiri hasil gambar dan hasil kerjanya, terdapat jurulelong seni yang dikenali bertindak menjual karya tersebut di lokasi dan meninggalkan risiko jika karya itu dipadamkan ke tangan pemenang bidaan tersebut.
Dikagumi kerana apa yang dia lakukan- sehingga pernah sekali beliau mengecat karyanya di tembok pemisah Israel-Ghaza dengan 9 imej berbeza termasuk gambaran tangga ke bahagian sebelah dan kanak-kanak menggali tembok tersebut. Namun begitu, kebanyakan orang yang lebih berminat tentang identiti sebenar Banksy ini. Kehadiran Banksy pernah direkodkan melalui kamera sekuriti berhampiran pub, malah imejnya pernah 2 kali diberkas gambar.
Berdasarkan gambar tersebut, muncul spekulasi mengaitkan identiti sebenar Banksy dengan seorang lelaki bernama Robin Gunningham, lahir pada 28 julai 1973 di Bristol, menurut bekas rakan sekolahnya, Gunningham sangat berbakat dalam bidang seni. Semasa kerjaya Banksy berubah tempat dari Bristol ke London.Gunningham dikatakan baru berpindah ke London. Gunningham juga dikatakan ketika itu tinggal bersama Jamie Eastman, yang mana bekerja di syarikat label rekod yang menggunakan illustrasi Banksy. Dalam reaksi berikutan laporan itu, agen Banksy sendiri menolak sama ada mengiakan mahupun menafikan dakwaan tersebut. Pun begitu, identiti Banksy terus menjadi misteri sehingga sekarang.
Tuesday, 12 March 2013
Monday, 11 March 2013
Rahsia Kobis Merah
Kubis merah atau nama sainstifiknya BRASSICA OLERACEA VAR. CAPITATA F. RUBRA adalah daripada keluarga kubis yang berbentuk bulat, padat, dan berwarna merah atau ungu. Berasa sedikit kelat tetapi ranggup.
Rasanya lebih lazat sekiranya warnanya bertambah gelap. Jika dibelah , ada warna putih yang berselang seli dengan warna merahnya itu yang membuat sayur ini kelihatan mempersonakan.
Warna merah dan ungu terbentuk daripada pigmen yang dikenali sebagai anthocyonin iaitu antioksida dalam kelas flavonoid yang sangat baik untuk memerangi radikal bebas dalam badan. Ia dapat mengurangkan dan mengelakkan risiko mendapat kanser.
Kubis merah juga tidak mengandungi lemak dan bebas dari kandungan kolestrol, kaya dengan kandungan zat besi, vitamin c, riboflavin, potasium, dan serat diet. secawan kubis yang dikisar mengandungi 25 kalori. Dengan kandungan khasiatnya, kubis merah dapat melindungi kita daripada mendapat penyakit.
Selain itu, kubis merah mengandungi banyak vitamin, mineral, dan klorofil yang larut dalam air. Sebenarnya adalah lebih bagus menikmati kubis merah ini secara mentah tanpa dimasak. jika anda mengambilnya secara mentah pastikan kubis ini dihiris nipis atau dicincang kecil. Dengan berbuat demikian kubis akan mengeluarkan sejenis enzim myrosinase yang kemudian akan menghasilkan glucosinolates yang bertindak sebagai anti kanser. Teknik mengukus juga terbukti dapat melindungi nutrien kubis daripada hilang manakala memasak pula boleh membantutkan glucosinolates
Daun Pandan mengharumkan Badan
kisar 15 hingga 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jus daun pandan untuk dijadikan sebagai mandian. Campurkan dengan air. Lakukan sekali dalam seminggu . Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak hingga menjejaskan hubungan suami isteri. Gosokkan jus ini di bawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum. Amalkan dan insya-Allah masalah anda akan selesai
Subscribe to:
Comments (Atom)






.jpg)






