Air Terjun Angel atau Salto Angel adalah air terjun jatuh-bebas tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter (3,212 kaki) dengan jatuh tanpa
hambatan sekitar 807 meter (2,647 kaki). Air terjun ini terletak di Rio Caroni, Taman Nasional Canaima,Venezuela.
Walaupun pertama kali dilihat di awal abad
ke-20 oleh penjelajah Ernesto de Santa Cruz, air terjun ini tidak
dikenali dunia hingga ditemui secara rasmi oleh penerbang Amerika, James Crawford Angel yang sedang terbang mencari kedudukan lombong emas. Pada tahun 1936, James Angel
kembali dan mendaratkan pesawatnya berhampiran air terjun. Air terjun ini
dinamakan "Air terjun Angel" untuk mengenang penemunya, James
Crawford Angel. Suku Indian Pemon menyebut air terjun ini sebagai
"Auyan-tepui" ("Aiyan-tepui") yang bermaksud "Gunung
Syaitan".
Ketinggian rasminya ditentukan oleh National Geographic Society pada 1949. Air terjun ini merupakan tarikan
pelancong yang terkenal di Venezuela.
Rujukan
1.
↑ Angel Falls. (2006). Dalam Encyclopædia
Britannica. URL diambil 28 Julai 2006, dari Encyclopædia Britannica Premium
Service: http://www.britannica.com/eb/article-9007543
No comments:
Post a Comment