Sunday, 10 March 2013

MENANGANI KETAGIHAN BAHAN LUCAH

http://www.yadim.com.my/Images/spacer.gif> Rencana >> Remaja

http://www.yadim.com.my/Images/spacer.gif
http://www.yadim.com.my/Images/spacer.gif
Menangani Ketagihan Pornografi
25 January 2005
http://www.yadim.com.my/Images/spacer.gif
Oleh SHEIKH AHMAD BIN HAMAD AL-KHALILI
Sumber: IslamOnline.net – 29 Disember 2004
 

LANGKAH PERTAMA: MENGAKU BAHAWA ANDA TIDAK BOLEH MELUPAKANNYA

Yakinlah bahawa anda tidak boleh terlepas daripada pornografi. Tidak kira setiap kali anda melayari internet atau di kedai video mahupun ketika menonton televisyen, kita tidak akan pernah boleh berkata TIDAK kepada diri kita. Anda tidak boleh tidak melayari web lucah atau menontonnya. Anda sudah tidak dapat mengawal hidup anda.

LANGKAH KEDUA: MENGAKULAH BAHAWA HANYA ALLAH YANG DAPAT MENYELAMATKAN ANDA

Tahukah anda, setelah segala usaha dibuat dan masih juga gagal, hanya Allahlah harapan terakhir kita. Anda mungkin sudah tahu mengetahuinya, tetapi sekarang anda yakin terhadapNya.

LANGKAH KETIGA: HIDUP DAN MATI ANDA DI TANGAN ALLAH

Serahkan segalanya kepada Allah, Tuhan yang mengawal setiap aspek hidup kita dan masalah ini hanya dapat diselesaikan dengan bantuan-Nya.

LANGKAH KEEMPAT: BUAT ANALISIS KENDIRI

Buat analisis kendiri dengan jujur mengenai kelebihan, kekurangan, tahap ketagihan dan bagaimana anda boleh sampai ke tahap ketagihan ini.

LANGKAH KELIMA: POHON TAUBAT KEPADA ALLAH SECARA SPESIFIK

Buatlah pengakuan kepada Allah, diri sendiri dan kapada orang yang dipercayai (kalau boleh) di manakah silap anda. Jangan pohon taubat secara umum. Senaraikan kesalahan anda, termasuk ketagihan bahan lucah.

LANGKAH KEENAM: BERSIKAP TERBUKA DAN BERSEDIA MENERIMA PERTOLONGAN ALLAH UNTUK BERUBAH

Anda tahu taubat yang ikhlas perlu disusuli dengan tindakan. Bersedialah untuk berubah, tidak kira bagaimana payah dan peritnya sekalipun terpaksa tidak menonton televisyen ataupun tidak melayari internet secara bersendiriran.

LANGKAH KETUJUH: POHON DIAMPUNKAN DAN DIJAUHKAN DARIPADA DOSA

Mintalah setulus hati daripada Allah, dengan penuh rasa kehinaan dan penyesalan yang anda tidak akan mengulangi lagi kesalahan melihat bahan lucah serta dijauhkan daripadanya.

LANGKAH KELAPAN: LAKUKAN PENAKSIRAN SENDIRI PADA WAKTU MALAM

Lakukan evaluasi sendiri secara jujur mengenai tingkah laku anda setiap malam dan bersedia mengaku kesalahan anda serta tidak lupa bersyukur kepada Allah kerana anda telah memulakan langkah baru.

LANGKAH KESEMBILAN: BERDOA DAN TINGKATKAN TAKWA

Beristiqamah dengan solat lima waktu agar didekatkan kepada Allah. Merasa keberadaan-Nya walau di mana anda berada. Tingkatkan kebergantungan kepada Allah di dalam mengatasi masalah ketagihan ini.

LANGKAH KESEPULUH: NASIHAT DAN AMALKAN

Jangan terus "berlalu" setelah Allah melepaskan anda daripada kemelut ketagihan ini. Bantulah mereka yang menghadapi masalah serupa melalui pertemuan yang kerap dan nasihat ikhlas di dalam menyeru kebaikan dan melarang kejahatan. Usaha anda membantu orang lain akan membantu anda mengekang masalah ketagihan ini .





No comments:

Post a Comment