Daripada 1930 hingga ke 1970, Trofi Jules Rimet telah
dihadiahkan kepada pemenang piala berkenaan. Pada mulanya ia dikenali sebagai Piala
Dunia,World Cup atau Coupe du Monde tetapi
dinamakan semula dalam tahun 1946 di atas jasa presiden FIFA yang telah
menguruskan kejohanan pertama. Dalam 1970, kemenangan ketiga
Brazil dalam kejohanan tersebut membolehkan mereka menyimpan trofi berkenaan
selama-lamanya. Bagaimanapun, trofi berkenaan telah dicuri dalam tahun 1983,
dan tidak pernah ditemui kembali.
Selepas 1970, satu trofi baru dikenali sebagai Trofi Piala Dunia FIFA telah direka.
Trofi ini tidak dihadiahkan kepada negara-negara pemenang selama-lamanya
walaupun berapa banyak Piala Dunia yang telah mereka menang. Argentina,
Jerman (Jerman Barat) dan Brazil telah memenangi trofi berkenaan dua kali. Ia
tidak akan diturunkan sehingga nama plak telah dipenuhkan dengan nama-nama
negara pemenang dalam tahun 2038.

No comments:
Post a Comment