KRAKEN SOTONG RAKSASA
Oktober 1966, dua penjaga rumah api di Danger Point, Afrika Selatan menyaksikan seekor sotong gergasi menelan seekor anak ikan paus, Sebelum itu, sekitar tahun 1965, sekumpulan pemburu paus terkejut melihat seekor sotong gergasi bertarung dengan seekor paus sperm. Kedua-dua paus dalam kejadian diatas menjadi makanan sotong gergasi tersebut
Mitos Kraken bermula semenjak abad ke-12 lagi di Norway dan Iceland. Kraken dalam mitos dahulukala mungkin dinspirasikan dari haiwan sebenar dan ia benar wujud. Ia mungkin dari spesies sotong gergasi Architeuthis dux yang jarang dilihat di permukaan laut. Ia hidup di laut dalam , berukuran kira-kira 18 meter. Tumbuhbesaran sotong ini boleh mencapai sehingga 30 meter dan kerakusannya digeruni.
Pierre Denys de Monfort, ahli malacologist Perancis berjaya merungkai dua spesies sotong gergasi pada tahun 1802. Menurut beliau spesis pertama dikenali dengan nama kraken octopus,yang selalu dilaporkan menyerang para pelayar Norway dan pemburu paus. Ia juga spesis yang sama pernah dicatatkan buku oleh seorang penulis , Pliny the Elder. Spesis kedua yang lebih besar saiznya dikenali sebagai Colossal octopus. Spesis Colossal lebih agresif dan dilaporkan pernah menyerang sebuah kapal yang sedang belayar dari perairan Saint- Malo
Pada tahun 1752, seorang Biskop, Erik Ludvigsen pernah menggambarkan kraken dalam bukunya Natural History of Norway sebagai “Floating Island”. Ludvigsen juga mencatatkan bentuk fizikal makhluk itu sebagai makhluk bertangan banyak yang panjangnya hampir satu setengah batu atau 2414 meter. Setelah zaman berlalu , cerita kraken terus diperkatakan namun saiznya tidaklah sebesar cerita Ludvigsen.
11 januari 2003, kapal Trimaran Geronimo yang diketuai oleh kapten Olivier de kersauson bersama 12 anak kapal telah bertembung dengan seekor sotong gergasi. Sotong yang berukuran kira-kira 30 kaki itu dipercayai mati setelah dilanggar kapal tersebut.
Serangan kraken keatas bot dan kapal didokumenkan semenjak tahun 1930 lagi. Brunswick, kapal tangki Norway beberapa kali diserang waktu itu.sotong itu tidak berjaya mengenggam kapal tersebut berikutan badan kapal itu diperbuat dari besi. Ia kemudian hancur dilibas kipas kapal. Brunswick kerap kali diserang kerana ia mungkin kelihatan seperti paus. Bagi Pontoppidan, kaum nelayan Norway,mereka sering mengambil risiko menangkap ikan di kawasan tersebut. Ini kerana hasil tangkapan mereka akan berganda –ganda. Mereka juga mendakwa sering kali tersinggah di atas badan kraken. Saiznya yang besar membuatkan ia sering kali dianggap sebagai sebuah pulau.
September 2005, dua orang zoologist jepun telah tampil dengan beberapa gambar sotong gergasi. Gambar ini berjaya dirakamkan di perairan Ogasawara pada tahun 2004 setelah saintis ini menggunakan udang serta sotong sebagai umpan yang ditambat pada sebuah kamera dan tali kabel. Dalam usaha merakam gambar tersebut, satu daripada sesungut sotong gergasi tersebut terputus setelah terbelit dengan tali kabel.
Tabiat habitat serta bentuk fizikal yang digambarkan melalui penceritaan atau penulisan menunjukkan kraken amat menyerupai Architeuthis dux, para saintis juga bersependapat. Namun, sehingga sekarang mereka masih gagal untuk menjelaskan saiz maksimum bagi tumbuhbesaran sotong gergasi ini.




No comments:
Post a Comment