Tuesday, 19 March 2013
HILANGKAN PAHIT PERIA
Peria sememangnya pahit untuk dimakan. untuk menghilangkan rasa pahitnya potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25minit, sejatkan dan masak peria tadi mengikut resepi anda
DAUN PISANG DAPAT MENGURANGKAN RASA MASIN DALAM MAKANAN
Kadangkala tanpa disedari, lauk yang kitamasak akan terasa agaak masin sedikit ini menyebabkan lauk tersebut kurang enak dimakan. Untuk mengatasi masalah ini , mula-mula ambil sedikit daun pisang , cuci sehingga bersih. Kemudian masukkkan ke dalam lauk tersebut. Insyaallah, rasa masin tersebut akan berkurangan.
Saturday, 16 March 2013
KRAKEN SOTONG RAKSASA
KRAKEN SOTONG RAKSASA
Oktober 1966, dua penjaga rumah api di Danger Point, Afrika Selatan menyaksikan seekor sotong gergasi menelan seekor anak ikan paus, Sebelum itu, sekitar tahun 1965, sekumpulan pemburu paus terkejut melihat seekor sotong gergasi bertarung dengan seekor paus sperm. Kedua-dua paus dalam kejadian diatas menjadi makanan sotong gergasi tersebut
Mitos Kraken bermula semenjak abad ke-12 lagi di Norway dan Iceland. Kraken dalam mitos dahulukala mungkin dinspirasikan dari haiwan sebenar dan ia benar wujud. Ia mungkin dari spesies sotong gergasi Architeuthis dux yang jarang dilihat di permukaan laut. Ia hidup di laut dalam , berukuran kira-kira 18 meter. Tumbuhbesaran sotong ini boleh mencapai sehingga 30 meter dan kerakusannya digeruni.
Pierre Denys de Monfort, ahli malacologist Perancis berjaya merungkai dua spesies sotong gergasi pada tahun 1802. Menurut beliau spesis pertama dikenali dengan nama kraken octopus,yang selalu dilaporkan menyerang para pelayar Norway dan pemburu paus. Ia juga spesis yang sama pernah dicatatkan buku oleh seorang penulis , Pliny the Elder. Spesis kedua yang lebih besar saiznya dikenali sebagai Colossal octopus. Spesis Colossal lebih agresif dan dilaporkan pernah menyerang sebuah kapal yang sedang belayar dari perairan Saint- Malo
Pada tahun 1752, seorang Biskop, Erik Ludvigsen pernah menggambarkan kraken dalam bukunya Natural History of Norway sebagai “Floating Island”. Ludvigsen juga mencatatkan bentuk fizikal makhluk itu sebagai makhluk bertangan banyak yang panjangnya hampir satu setengah batu atau 2414 meter. Setelah zaman berlalu , cerita kraken terus diperkatakan namun saiznya tidaklah sebesar cerita Ludvigsen.
11 januari 2003, kapal Trimaran Geronimo yang diketuai oleh kapten Olivier de kersauson bersama 12 anak kapal telah bertembung dengan seekor sotong gergasi. Sotong yang berukuran kira-kira 30 kaki itu dipercayai mati setelah dilanggar kapal tersebut.
Serangan kraken keatas bot dan kapal didokumenkan semenjak tahun 1930 lagi. Brunswick, kapal tangki Norway beberapa kali diserang waktu itu.sotong itu tidak berjaya mengenggam kapal tersebut berikutan badan kapal itu diperbuat dari besi. Ia kemudian hancur dilibas kipas kapal. Brunswick kerap kali diserang kerana ia mungkin kelihatan seperti paus. Bagi Pontoppidan, kaum nelayan Norway,mereka sering mengambil risiko menangkap ikan di kawasan tersebut. Ini kerana hasil tangkapan mereka akan berganda –ganda. Mereka juga mendakwa sering kali tersinggah di atas badan kraken. Saiznya yang besar membuatkan ia sering kali dianggap sebagai sebuah pulau.
September 2005, dua orang zoologist jepun telah tampil dengan beberapa gambar sotong gergasi. Gambar ini berjaya dirakamkan di perairan Ogasawara pada tahun 2004 setelah saintis ini menggunakan udang serta sotong sebagai umpan yang ditambat pada sebuah kamera dan tali kabel. Dalam usaha merakam gambar tersebut, satu daripada sesungut sotong gergasi tersebut terputus setelah terbelit dengan tali kabel.
Tabiat habitat serta bentuk fizikal yang digambarkan melalui penceritaan atau penulisan menunjukkan kraken amat menyerupai Architeuthis dux, para saintis juga bersependapat. Namun, sehingga sekarang mereka masih gagal untuk menjelaskan saiz maksimum bagi tumbuhbesaran sotong gergasi ini.
BANKSY
BANKSY
Banksy adalah seorang artis grafiti berbangsa British yang tidak diketahui namanya, juga merupakan seorang aktivis politik, pengarah filem, dan artis catan. Karyanya berbentuk sindiran pedas melalui gabungan humor gelap dan kurang sopan dengan grafiviti beliau biasanya dihasilkan mengggunakan teknik stensil. Banyak karyanya dalam format politikal dan kritikan sosial menghiasi jalan, dinding, dan jambatan hampir di setiap bandar seluruh dunia
Karya awal Banksy bermula di kancah underground di Bristol, England yang mana banyak melibatkan kaloberasi antara artis dan pemuzik. Menurut penulis dan juga pereka grafik Tristan Manco, Banksy sememangnya dilahirkan di Bristol pada tahun 1974. Banksy merupakan anak kepada seorang juruteknik mesin fotokopi, dia hanya dilatih sebagai pemotong daging sebelum melibatkan diri dalam seni graviti ketika bermulanya ledakan penggunaan aerosol di Bristol pada pertengahan 80-an. Ramai pemerhati berpendapat stail Banksy banyak dipengaruhi oleh Blek Le Rat (artis grafiviti yang mula menggunakan teknik stensil pada tahun 1981 di Paris) dan ahli kepada bank anarcho-punk, Crass ( sentiasa menggunakan kempen dalam bentuk grafiviti stensil sepanjang London Tube System pada penghujung 70-an sehingga 80-an).
Walaupun dipandang tinggi oleh kebanyakan pencinta seni, Banksy adalh ikon paling jijik bagi kerajaan England dengan melabelkan seni graviti sebagai perbuatan vandalisme. Banksy tidak memperdulikan perkara tersebut, sebaliknya terus mempamerkan karyanya di khalayak ramai seperti di dinding-dinding bangunan malah sehingga berani membina karya dalam bentuk prop fizikal. Banksy tidak pernah menjual sendiri hasil gambar dan hasil kerjanya, terdapat jurulelong seni yang dikenali bertindak menjual karya tersebut di lokasi dan meninggalkan risiko jika karya itu dipadamkan ke tangan pemenang bidaan tersebut.
Dikagumi kerana apa yang dia lakukan- sehingga pernah sekali beliau mengecat karyanya di tembok pemisah Israel-Ghaza dengan 9 imej berbeza termasuk gambaran tangga ke bahagian sebelah dan kanak-kanak menggali tembok tersebut. Namun begitu, kebanyakan orang yang lebih berminat tentang identiti sebenar Banksy ini. Kehadiran Banksy pernah direkodkan melalui kamera sekuriti berhampiran pub, malah imejnya pernah 2 kali diberkas gambar.
Berdasarkan gambar tersebut, muncul spekulasi mengaitkan identiti sebenar Banksy dengan seorang lelaki bernama Robin Gunningham, lahir pada 28 julai 1973 di Bristol, menurut bekas rakan sekolahnya, Gunningham sangat berbakat dalam bidang seni. Semasa kerjaya Banksy berubah tempat dari Bristol ke London.Gunningham dikatakan baru berpindah ke London. Gunningham juga dikatakan ketika itu tinggal bersama Jamie Eastman, yang mana bekerja di syarikat label rekod yang menggunakan illustrasi Banksy. Dalam reaksi berikutan laporan itu, agen Banksy sendiri menolak sama ada mengiakan mahupun menafikan dakwaan tersebut. Pun begitu, identiti Banksy terus menjadi misteri sehingga sekarang.
Tuesday, 12 March 2013
Monday, 11 March 2013
Rahsia Kobis Merah
Kubis merah atau nama sainstifiknya BRASSICA OLERACEA VAR. CAPITATA F. RUBRA adalah daripada keluarga kubis yang berbentuk bulat, padat, dan berwarna merah atau ungu. Berasa sedikit kelat tetapi ranggup.
Rasanya lebih lazat sekiranya warnanya bertambah gelap. Jika dibelah , ada warna putih yang berselang seli dengan warna merahnya itu yang membuat sayur ini kelihatan mempersonakan.
Warna merah dan ungu terbentuk daripada pigmen yang dikenali sebagai anthocyonin iaitu antioksida dalam kelas flavonoid yang sangat baik untuk memerangi radikal bebas dalam badan. Ia dapat mengurangkan dan mengelakkan risiko mendapat kanser.
Kubis merah juga tidak mengandungi lemak dan bebas dari kandungan kolestrol, kaya dengan kandungan zat besi, vitamin c, riboflavin, potasium, dan serat diet. secawan kubis yang dikisar mengandungi 25 kalori. Dengan kandungan khasiatnya, kubis merah dapat melindungi kita daripada mendapat penyakit.
Selain itu, kubis merah mengandungi banyak vitamin, mineral, dan klorofil yang larut dalam air. Sebenarnya adalah lebih bagus menikmati kubis merah ini secara mentah tanpa dimasak. jika anda mengambilnya secara mentah pastikan kubis ini dihiris nipis atau dicincang kecil. Dengan berbuat demikian kubis akan mengeluarkan sejenis enzim myrosinase yang kemudian akan menghasilkan glucosinolates yang bertindak sebagai anti kanser. Teknik mengukus juga terbukti dapat melindungi nutrien kubis daripada hilang manakala memasak pula boleh membantutkan glucosinolates
Daun Pandan mengharumkan Badan
kisar 15 hingga 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jus daun pandan untuk dijadikan sebagai mandian. Campurkan dengan air. Lakukan sekali dalam seminggu . Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak hingga menjejaskan hubungan suami isteri. Gosokkan jus ini di bawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum. Amalkan dan insya-Allah masalah anda akan selesai
Sunday, 10 March 2013
5 MAKANAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN LELAKI
1. Tomato @ Sos tomato
Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.
Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.
2. Tiram
2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.
3. Brokoli
2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.
3. Brokoli
Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini
mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan
terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali
ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir
50,000 orang lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan
atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan
kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya.
Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.
4. Peanut butter
Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi
lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal.
Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.
5. Tembikai
Didapati lelaki dengan lingkungan usia
sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding
wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh
mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan
sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam
suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan
jus oren.
Mencegah lebih baik
dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang betul mampu menjamin
kesihatan kita di masa akan datang.
.
.
MENANGANI KETAGIHAN BAHAN LUCAH
|
TROFI PIALA DUNIA FIFA
Daripada 1930 hingga ke 1970, Trofi Jules Rimet telah
dihadiahkan kepada pemenang piala berkenaan. Pada mulanya ia dikenali sebagai Piala
Dunia,World Cup atau Coupe du Monde tetapi
dinamakan semula dalam tahun 1946 di atas jasa presiden FIFA yang telah
menguruskan kejohanan pertama. Dalam 1970, kemenangan ketiga
Brazil dalam kejohanan tersebut membolehkan mereka menyimpan trofi berkenaan
selama-lamanya. Bagaimanapun, trofi berkenaan telah dicuri dalam tahun 1983,
dan tidak pernah ditemui kembali.
Selepas 1970, satu trofi baru dikenali sebagai Trofi Piala Dunia FIFA telah direka.
Trofi ini tidak dihadiahkan kepada negara-negara pemenang selama-lamanya
walaupun berapa banyak Piala Dunia yang telah mereka menang. Argentina,
Jerman (Jerman Barat) dan Brazil telah memenangi trofi berkenaan dua kali. Ia
tidak akan diturunkan sehingga nama plak telah dipenuhkan dengan nama-nama
negara pemenang dalam tahun 2038.
PIALA DUNIA PERTAMA
Piala Dunia rasmi pertama
Estadio
Centenario, lokasi pusingan akhir Piala Dunia pertama
Sukan
Olimpik Musim Panas 1932 yang
diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat tidak merancang untuk memasukkan bola
sepak sebagai sebahagian daripada program disebabkan popularitinya yang rendah
di Amerika
Syarikat. FIFA dan IOC juga tidak bersetuju mengenai status
amatur. Oleh sebab itu, acara bola sepak digugurkan daripada kejohanan
berkenaan. Presiden FIFA, Jules Rimetseterusnya
merancang untuk mengadakan Kejohanan
Piala Dunia Perdana di Uruguay pada tahun 1930. Pertubuhan bola sepak
kebangsaan daripada negara-negara yang dipilih telah dijemput untuk menghantar
satu pasukan, tetapi pilihan Uruguay sebagai satu tuan rumah bermakna satu
perjalanan yang memakan kos dan masa yang panjang merentasi Lautan Atlantik bagi pasukan dari Eropah. Sebenarnya,
tiada negara Eropah yang sanggup untuk menghantar satu pasukan sehinggalah dua
bulan sebelum bermulanya pertandingan berkenaan. Rimet akhirnya berjaya memujuk
pasukan-pasukan dari Belgium, Perancis, Romania,
dan Yugoslavia untuk membuat perjalanan tersebut.
Dalam jumlah 13 negara yang mengambil bahagian — tujuh daripadanya adalah dari Amerika Selatan, empat dari Eropah dan dua dari Amerika Utara.
Dua
perlawanan Piala Dunia sulung ini berjalan serentak dan telah dimenangi oleh Perancis dan AS,
yang masing-masing mengalahkanMexico 4-1 dan Belgium 3-0. Gol pertama dihasilkan dalam
sejarah Piala Dunia telah dijaringkan oleh Lucien
Laurent daripada
Perancis. Empat hari berikutnya, hat-trick Piala Dunia pertama dijayakan oleh Bert
Patenaude daripada AS
dalam kemenangan 3-0 terhadap Paraguay.
Dalam perlawanan akhir, Uruguaytelah
mengalahkan Argentina 4-2 di hadapan 93,000 penonton di Montevideo,
dan menjadi negara pertama yang memenangi kejohanan bola sepak Piala Dunia.
SENARAI NEGARA YANG PALING SELAMAT DI DUNIA
sumber dari
bharian.com.my. Kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang
berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei 2011.
1. Iceland
2. New Zealand
3. Jepun
4. Denmark
5. Rep. Chech
6. Austria
7. Finland
8. Kanada
9. Norway
10. Slovenia
.
19. MALAYSIA
.
24. Singapura
.
26. United Kingdom
30.Vietnam
.
32.Laos
50. Korea Selatan
68. Indonesia
80. China
82. Amerika Syarikat
107. Thailand
133. Myanmar
136. Filipina
Sepuluh negara yang menduduki tangga paling bawah ialah Libya (ke-143), diikuti Republik Afrika Tengah, Israel, Pakistan, Russia, Republik Demokratik Congo, Korea Utara, Afghanistan, Sudan, Iraq dan Somalia..
AIR TERJUN ANGEL
Air Terjun Angel atau Salto Angel adalah air terjun jatuh-bebas tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter (3,212 kaki) dengan jatuh tanpa
hambatan sekitar 807 meter (2,647 kaki). Air terjun ini terletak di Rio Caroni, Taman Nasional Canaima,Venezuela.
Walaupun pertama kali dilihat di awal abad
ke-20 oleh penjelajah Ernesto de Santa Cruz, air terjun ini tidak
dikenali dunia hingga ditemui secara rasmi oleh penerbang Amerika, James Crawford Angel yang sedang terbang mencari kedudukan lombong emas. Pada tahun 1936, James Angel
kembali dan mendaratkan pesawatnya berhampiran air terjun. Air terjun ini
dinamakan "Air terjun Angel" untuk mengenang penemunya, James
Crawford Angel. Suku Indian Pemon menyebut air terjun ini sebagai
"Auyan-tepui" ("Aiyan-tepui") yang bermaksud "Gunung
Syaitan".
Ketinggian rasminya ditentukan oleh National Geographic Society pada 1949. Air terjun ini merupakan tarikan
pelancong yang terkenal di Venezuela.
Rujukan
1.
↑ Angel Falls. (2006). Dalam Encyclopædia
Britannica. URL diambil 28 Julai 2006, dari Encyclopædia Britannica Premium
Service: http://www.britannica.com/eb/article-9007543
Saturday, 9 March 2013
KOLEKSI LAWAK KAMPUS
LAWAK KAMPUS LOG IN
LAWAK KAMPUS REBOUND
LAWAK KAMPUS TEAMWORK
LAWAK KAMPUS JILID 14
LAWAK KAMPUS CONNECTION
LAWAK KAMPUS JILID 15
LAWAK KAMPUS REBOUND
LAWAK KAMPUS TEAMWORK
LAWAK KAMPUS JILID 14
LAWAK KAMPUS CONNECTION
LAWAK KAMPUS JILID 15
Subscribe to:
Comments (Atom)






.jpg)































.jpg)